Wanita adalah makhluk yang sangatlah unik. Berbeza. Dan memiliki keistimewaan tersendiri. Islam memandang wanita adalah makhluk yang sangat special dan bahkan memberikan satu surah dalam Al-Quran untuk wanita. An-Nisa.
Rasulullah berkata bahawa makhluk yang harus kita cintai setelah Allah SWT dan Rasulullah adalah : Ibu, Ibu, Ibu, barulah Ayah. Itu menunjukkan apresiasi yang sangat tinggi yang diberikan oleh Islam kepada wanita.
Namun wanita seringkali dibuat sebagai senjata yang Maha Dahsyat oleh Syaitan Laknatullah untuk meluluhkan kehebatan iman seorang lelaki.
Ya, tidak ragui, salah satu jalan utama syaitan untuk merasuk ke dalam dada seorang ikhwan adalah melalui lelaki itu tadi.
Dalam sejarah, syaitan mengakui kepada Nabi Musa AS bahawa jalan utama syaitan dalam merasuk dan memperdaya manusia ada 3 :
ketika Solat, ketika marah, dan melalui wanita.
Tapi sebelum itu, maaf kerana bukan bermaksud untuk merendahkan kaum wanita. Tetapi hanya bermaksud untuk saling mengingatkan.
Kerana, kalau hanya salah seorang antara lelaki atau perempuan sahaja yang menjaga hatinya, maka syaitan akan tetap mudah untuk masuk.
Tapi kalau kita sama-sama menjaga hati, InsyaAllah akan lebih baik bagi kita semua. Betul?
Bila syaitan sudah tidak mampu menyesatkan kita dengan keburukan, maka dia akan menyesatkan kita dengan kebaikan. Syaitan tidak akan pernah rela jika kita sebagai manusia mampu bebas dan melakukan kebaikan tanpa diganggu.
Naudzubillahi min dzalik.
Apa kekuatan & kelebihan wanita yang pertama?
Air Mata.
Air mata wanita adalah sesuatu yang seringkali digunakan syaitan untuk meluluhkan hati seorang lelaki. Air mata jelas sekali mampu meluluhkan hati seorang lelaki.
Jangankan lelaki biasa yang masih belajar tentang prinsip-prinsip kehidupan.
Umar bin Khattab RA yang ketika itu masih kafir dan memegang teguh prinsipnya pun dicairkan oleh tangisan adiknya sehingga masuk islam dan menjadi salah satu khalifah terkuat pada masa kejayaan islam di dunia. Masih ingatkan kisahnya..?
Menangis adalah muara dari perasaan. Jikalau terlalu gembira, kita akan menangis. Jikalau terlalu sedih pun demikian. Jikalau sangat marah, kita juga mengeluarkan titis-titis air mata.
Dan itu semua fitrah. Hanya, ketika ada sesuatu yang tidak tepat pada tempatnya, baik tidak disengaja apatahlagi kalau sengaja, akan menjadi senjata yang kuat bagi syaitan laknatullah.
Buat lelaki, waspadalah terhadap syaitan.