in

4 Kelebihan Wanita Yang Digunakan Syaitan untuk Melemahkan Lelaki

Cuba bayangkan, kalau ada perempuan memohon sesuatu ke kita, sehingga mengeluarkan air mata. Bagaimana sikap kita?

Itu yang harus kita urus dengan sebaik mungkin. Tentu dengan pengurusan hati yang tepat.

Kelebihan wanita yang kedua,

Yang kedua adalah senyuman. Senyuman wanita  itu salah satu yang sangat mudah dijadikan oleh syaitan dalam memperdaya ataupun melemahkan hati seorang lelaki.

Apatah lagi kalau wanita yang mempunyai wajah yang cantik. Tentu akan sangat meluluhkan hati seorang lelaki.

Allah telah jelas dan tegas memerintahkan kita dalam surah An-Nur ayat ke 30 hingga ke 31. Ayatnya yang berbunyi :

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya…”

dan ayat ke 31 juga yang berbunyi

“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya….”

menunjukkan solusi yang seharusnya kita lakukan bersama. Para lelaki mahupun perempuan seharusnya menjaga pandangan mereka.

Kelebihan Wanita Yang Ketiga,

Yang ketiga, adalah tutur kata.

Wanita itu memiliki suara yang berbeza dengan lelaki. Suara wanita  itu lebih lembut  daripada lelaki.  Perkara itu juga dijadikan senjata oleh syaitan untuk memperdaya lelaki. Apatah lagi kalau wanita  itu sengaja membuat nada manja

Berbicaralah yang tegas!

Tidak menimbulkan kesan yang manja atau menggoda. Berbicaralah dengan nada yang tegas dan seperlunya sahaja. Rasulullah SAW juga memerintahkan kita untuk berbicara yang benar, atau diam.

.
Suara wanita  itu sangat dilindungi dan dihargai oleh Islam. Bahkan ada beberapa ulama yang mengatakan bahawa nasyid wanita itu tidak baik didengar oleh lelaki. Kerana, getaran suaranya itu besar kemungkinan dapat menimbulkan perasaan yang berbeza di hati lelaki.

Lelaki, berhati-hatilah dalam mengolah hati. Berhati-hatilah dalam memberikan perhatian.

Kelebihan wanita yang Keempat,

Berhias. Banyak perdebatan di sini. Antaranya adalah bagi wanita yang memakai  wangian.

Rasulullah berkata bahawa barang siapa  (wanita) yang memakai wewangian kemudian dia berjalan di depan seorang  (laki-laki) sehingga sang lelaki mencium wewangian tersebut, maka wanita itu dianggap pezina. Naudzubillahi min dzalik..

tetapi memakai wangian tidaklah salah.

Yang terakhir, Jalan keluarnya bagaimana?

Untuk keseluruhan, sebenarnya hanya ada dua caranya. Si lelaki harus menjaga diri serta hati mereka, dan sang perempuan juga demikian. Ketika diri telah dibersihkan dan hati telah disucikan,

Insya Allah tidak syaitan juga akan kelelahan menggoda kita. Jangan lupa kemudahan istigfar yang diciptakan Allah untuk kita semua umat muslim.

Selalu beristigfar setiap waktu. Ingat Allah setiap waktu.

Semoga dengan itu kita mampu menghindarkan diri dari godaan syaitan laknatullah. Insya Allah…

Written by Maya

Anda Pasti Kaget, Pencipta ‘Bakso’ Ternyata? – Topiktrend

2 Jenis waktu tidur yang paling dibenci Allah SWT